Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit.
Ia juga boleh dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing
seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING :
SUSU KAMBING ADALAH YANG TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
• Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu
• Jarang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
• Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
• Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
• Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi
• Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding lembu
* Garam Galian 2.0 kali ganda
* Kalsium 2.2 kali ganda
* Potasium 2.1 kali ganda
* Protein 2.1 kali ganda
* Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
* Vitamin A 3.8 kali ganda
* Zat Besi 2.0 kali ganda
• Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
• Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
• Melancarkan peredaran darah.
• Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh.
• Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
• Memulihkan tenaga batin dan awet muda.
• Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
• Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
• Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf).
• Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
• Mengurangkan sakit kepala.
• Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
• Meningkatkan stamina dan kecergasan
• Merawat dan menyembuhkan penyakit
• Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.
• Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
• Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
• Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
• Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
• Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila...).
• Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
• Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa.
KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
1. Asthma / Lelah
2. Awet Muda
3. Barah / Kanser
4. Batuk Kering / Tb
5. Buasir
6. Darah Tinggi
7. Demam Kuning
8. Gastrik
9. Gout
10. Hepatitis
11. Hepatitis A
12. Insomnia / Sukar Tidur
13. Kencing Manis
14. Lemah Jantung
15. Migrain / Kerap Merasa Pening Kepala
16. Osteoporosis / Tulang Rapuh
17. Sakit Buah Pinggang
18. Sakit Kulit
19. Sakit Kuning
20. Sakit Pinggang
21. Sakit Saraf
22. Sakit Sendi
23. Sakit Tulang Belakang Yang Dialami Bila Usia Semakin Lanjut
24. Sakit Urat Saraf
25. Senggugut
26. Ulser (termasuk Ulser Perut)
27. Membantu Mencegah Kanser
28. Membantu Menghasilkan Sel Baru Tulang Dan Gigi
29. Memulih Tenaga Batin
30. Sesuai Diminum Diwaktu Pagi(Sebelum Bersarapan) Dan Malam(Sebelum Tidur).
Jangan Guna Air Panas Kerana Boleh Merosakkan Khasiatnya. Bancuh Dengan Air Suam Sahaja).
FAKTA
Penyelidikan oleh pakar-pakar pemakanan Jepun mendapati khasiat susu kambing sebenarnya 2 kali ganda daripada khasiat yang terdapat dalam susu lembu.
MENGURUSKAN BADAN
Nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing. Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut :
Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
Kolestrol daging lembu dan ayam.
Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).
Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Uraikanlah kolesterol itu dengan kolestrol kambing.
Sodium(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
PENCEGAH PENYAKIT DARAH TINGGI DAN OBESITI
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.
MENCATIKKAN KULIT
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
SUMBER PENJANAAN EQ
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkanlah memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
ANTIBIOTIK SEMULA JADI
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.